Teknologi Terkini

Pada zaman sekarang, teknologi berkembang dengan begitu pantas. Andai kita terlambat, kita akan ketinggalan di belakang. Jika dilihat, kini  semuanya berada di hujung jari kita. Sudah tidak ada sempadan lagi bagi kita mengembara di seluruh pelusuk dunia. Kita juga tidak perlu untuk mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengambil pengalaman tentang dunia luar.

Teknologi dalam bidang perubatan juga tidak ketinggalan. Hari demi hari, ada sahaja penciptaan alat teknologi yang baru untuk memudahkan rawatan dan penyembuhan penyakit di zaman moden ini. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang timbul pada zaman sekarang yang jika dikaji, tidak pernah wujud pada zaman dahulu.

Teknologi bagi merawat penyakit yang terjadi pada penglihatan mahupun pada organ mata semakin berkembang maju. Mari kita lihat apakah teknologi yang terbaru untuk merawat penyakit mata pada zaman ini.

 

ICT dalam PENDIDIKAN


“ICT dalam Pendidikan” ialah informasi komunikasi teknologi (ICT) yang digunakan untuk pendidikan.

 

Alat Pendidikan ICT boleh dibahagikan kepada 3 kategori : Sumber input, Sumber output dan lain lain.
Merujuk graph berikut.

img02

 

Penyelidikan di seluruh dunia menunjukkan ICT boleh menolong proses pengajaran dan pembelajaran. Sebuah laporan yang dibuat oleh National Institute of Multimedia Pendidikan di Jepun, membuktikan bahawa peningkatan pendedahan pelajar melalui kurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang signifikan dan positif tentang prestasi pelajar, terutama dalam hal “Pengetahuan · Pemahaman” · “kemahiran praktikal” dan “Presentasi kepakaran” dalam bidang pengajian seperti matematik, sains, dan pendidikan sosial.

Namun, anda boleh melihat bahawa ada banyak solusi teknologi pendidikan yang disediakan di dunia yang boleh menyebabkan kebingungan di kalangan pendidik tentang bagaimana untuk memilih penyelesaian ICT yang tepat. Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan daripada alat ICT untuk pendidikan dan menemukan apa jenis pendidikan ICT solusi ini berpadanan untuk keperluan sekolah anda.

3 KELEBIHAN ICT DALAM PENDIDIKAN

1‧ Melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar.
2‧ Melalui ICT, dengan mudah pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar.
3‧ Melalui ICT, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.

 

3 KEKURANGAN ICT DALAM PENDIDIKAN

1‧ Penyediaan mesin boleh menjadi rumit
2‧ Terlalu mahal
3‧ Rumit untuk pengajar yang tiada pengalaman mengunakan alat ICT

Teknologi Pendidikan

1. Apakah itu teknologi pendidikan?

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P

Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.


2. Apakah definisi teknologi pendidikan?

Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991)

Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).


3.  Apakah prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan lebih berkesan.

Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu:

o Sebelum penggunaan – merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar

o Semasa penggunaan – merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P

o Selepas penggunaan – merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan

Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah

Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan P&P

Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&P


4.  Apakah ciri-ciri teknologi pendidikan yang sesuai?

Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan pelajaran

Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid

Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid

Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan


5.  Apakah kepentingan teknologi pendidikan?

Melancarkan proses P&P

Menjimatkan masa, tenaga dan kos

Mengekalkan minat dan perhatian murid

Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar

Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas

Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid

Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum

Memperkayakan pengalaman murid


6.  Apakah itu sumber pendidikan?

Sumber pendidikan merupakan sumber yang berperanan untuk menyokong dan meningkat proses P&P. Penggunaan sumber pendidikan dapat membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari.

Sumber pendidikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan cetak dan bukan cetak.

Ujian Snellen

daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Carta Snellen ialah carta mata yang digunakan untuk mengukur ketajaman penglihatanmata. Carta Snellen dinamakan sempena nama pakar mata Belanda, Hermann Snellen, yang mengembangkan carta tersebut pada 1862.

Carta Snellen tradisional dicetak dengan 11 garis huruf blok, barisan pertama terdiri daripada huruf besar yang mana terdiri daripada hruf-huruf seperti E H atau N. Barisan berikutnya diikuti dengan huruf yang dikecilkan saiznya dan bilangan bertambah.Orang yang mangambil ujian mata akan menutup mata sebelah nya dan akan menyebut huruf-huruf tertera dengan kuat dari atas hinga baah.Huruf kecil yang boleh dibaca dengan teliti akan menentukan ketajaman mata si penguji

Untuk memahami ujian Snellen ini, lihat video yang disediakan di bawah.